Friday, September 24, 2010

First Trimester again~

Yup I'm pregnant again...I think...

Need to confirm it by visiting a gyne...Isya'Allah tomorrow

Can't remember the first time I went through this....

Even though it's the second time but still I'm clueless of what's to come

What I can tell you now is that I'm exhausted...

I'm hungry but I don't feel like eating...how?


Wednesday, September 8, 2010

Cheese Baked rice

Semalam hubby and I excited masak cheese baked rice. Hasilnye sedaapppp sgt...nyam2

ini la hasilnya...

sedap tak tgk cheese tu~


gambar dari different angle pula~



Voila~ isi didalam tue...still ade cheese melting...sedap2

Nak recipe ke?

Senang ajer tapi takde sukatan la...ikut lebih kurang saja..

nasi yang telah dimasak
mix veggie
isi ayam
hotdog
butter
Sheddar cheese (slice n grated)
prego mushroom sauce

Cara2:
1. Setelah nasi di masak terus digaulkan dengan butter(time nasi panas2 tue la) bagi sume kene butter...time ni nasi mmg sgt harum la dgn bau butter
2. rebus sausage and mix veggie
3. Isi ayam dihiris halus and diperap sekejap bersama black pepper and salt
4. Slice the sausage kecil2 and set aside. Then mix veggie dicampur ke dalam nasi tadi (so tak payah la goreng nasi tue)
5. Isi ayam td digoreng sekejap atas pan dengan sedikit butter (kejap jer masak cos dah hiris kecil2) dah masak campurkan dalam nasi juga
6. Panaskan sauce prego mushroom sauce dalam pot then letak secubit thyme
7. Mampatkan nasi td bersama2 ingredients yang telah dicampur earlier ke dalam bowl atau casserole dish.
8. Susun the slice sausage atas nasi yang dimampatkan then Pour the mushroom sauce atasnya.
9. Tabur the sliced cheddar cheese and also sliced Cheddar keatas.
10. Bake it dalam oven. 5 mins pon dah cukup unless you really want the cheese to burn on top.

~End~

Sunday, May 16, 2010

last night~

Last night before I went to sleep, I cried.

I cried because of Fea, She grew so fast.

She slept in her own cot yesterday.

I'm afraid, I don't want her to grow too fast.

She's getting heavier by the day.

I'm scared I won't be able to carry her anymore.

Hubby says, She's only 18 months old!

You can pick her up if you want to.

I said, never mind. I need to accept the fact that she would never stop growing up.

Love you so much Fea.

Saturday, January 16, 2010

Busy ke Lazy, Pn. Faridatul?

Lama betul tak menulis. Busy pun ade Lazy pun ada..haha

Busy dengan ape tu, you might ask

Saya busy dengan menjaga hal rumah tangga. Fea kerap demam. Sekarang pon dia demam. org kate sebab dia tengah build immune sistem die. Tapi kadang risau jugak asyik demam jer.

Saya busy dengan keje. Bese la awal tahun. Banyak kelas dan kelas prep pon perlu buat. Plus sakarang busy dengan corporate training (nanti saya akan ceritakan pasal ini dalam entry lain)

Saya busy dengan mencari kerja baru..hehe..Ini adalah sebab saya tidak puas hati dengan management. banyak prejudis dan mengamalkan favouritism. Ramai staff bagi nasihat untuk saya lari jauh2 dari situ. Insya' Allah ade rezeki saya akan lari dengan pantasnya..hehe

Akhir tahun lepas badan saya asyik lemah dan lesu sahaja. Saya pon tak paham kenapa(it was then). Now, saya dah tahu. Setiap kali saya makan lactation pil, badan saya terus akan rasa lembik oleh kerana itu saya stop mkn. Alhamdulillah, dah ok skarang. Which reminds me I have to buy sacred tea utk tambah susu. Sekarang minum anmum jer tetiap hari.

p/s: ada sesiapa tahu bagaimana saya boleh disconnectkan entry di blog saya dengan notes kat facebook tu?

Tuesday, October 27, 2009

Aduhai anakku~

Ikutilah kisah anakku Nur Alya Sofeah disini

Ni favourite cartoon chracters fea

Monday, October 5, 2009

Sesuatu yang rambang~

Malas nak tulis English sebab tanak org yang tak berkenaan bace..heh

1) Earthquake di padang menakutkan sungguh. Dekat dah dengan Malaysia tue. Takleh nk imagine kalau kite in their shoes. Dah la I, hubby n fea kat 3 tempat berlainan(xde kaitan but just felt like writing this down)..huhue

2) Tiap-tiap pagi hantar fea ke nursery mesti rase berat hati. Sedih sangat. Bile fea nangis jer lagi sedih umminye. Fea skang dah pandai dakap ummi atau ayahnye(depends sape yang hantar die ke nursery) kuat-kuat sebab tanak pi nursery. Hari isnin hari paling susah skali sebab weekends die dah selesa dok ngn ummi dan ayahnye kat rumah.

3) Benar susuibu adalah yang terbaik utk bayi sampai umur mereka 2 tahun la max tapi ada jugak ibu-ibu diluar sana tak mampu nak susukan anak mereka dengan susu ibu. Dah guna macam-macam cara tapi still tak berjaya juga. Kesian juga kat mereka ni. Thus, kita jangan la cepat sgt nak mengutuk or nak pandang rendah and judge these mothers yang bagi susu formula kat baby. Mereka pon sayang baby diorg juga. Aku mengaku dulu aku juga bangga sgt dapat susukan anak dengan susuibu dan pandang serong jugak terhadap mothers yang bagi susu formula ni tapi sekarang tidak lagi since hubby tegur "awak dengan kawan-kawan awak ni(kawan forum) jangan la pandang rendah sgt. Bebile jer Allah boleh tarik balik nikmat tu baru tau, plus jangan la riak sangat, Allah tak suka. Biarla kita bersederhana" owh ok, these aren't exacly his words.

4) Semalam dan hari sabtu kami sekeluarga busy beraya here and there. Ntah kat mane2 ceruk tah kami pi. Susah betul nak cari rumah2 org2 ni. Dah la saya dan hubby ni buta jalan lagi susah la keadaanya. Semalam pi rumah kawan hubby kat segambut and lalu kat jalan mont kiara 3, masuk jer simpang tue "wah2 mewahnye kawasan ni, org dok kat sini sure kaya gile punye" then 500m kehadapan terus masuk slum area macam rumah setinggan la ape...terkejut kejap.."haih, pelik betul, macam mane bole kat luar td rumah mewah..hay ya...darjat berlainan yang ketara ni dok sebelah2 je". Hubby and me baru realize ntah kat mane2 ceruk pon ada orang duduk.heh.punye la dok kat dunia sendiri jer selama ni...ish2

5) Raya taun ni seronok la compared to last year sebab taun ni beraya dengan puteri sulung kami and saya pon ade energy nak pi berjalan merata. Last year kan saya mengandung so dok umah je la. Plus, last year sume barang and minyak mahal so tak ramai yang buat open house.heh

Friday, September 18, 2009

~SEAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN~


Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.

Kepada sesiapa yang balik kampung tu berhati2 dijalan raya ye~

Ni first time fea beraya, excitednya, lagi2 fea dah pandai berjalan sekarang ni. sure laju je die kejar ayam2 dikampung. Can't wait! If ada gambar fea kejar ayam saya akan uploadkan disini.

##Insya'Allah kami akan bertolak ke kampung awal2 pagi esok, balik Rompin dulu yeh. then balik Pekan and last Kg. New Zealand.##

Followers