Tuesday, October 27, 2009

Aduhai anakku~

Ikutilah kisah anakku Nur Alya Sofeah disini

Ni favourite cartoon chracters fea

Monday, October 5, 2009

Sesuatu yang rambang~

Malas nak tulis English sebab tanak org yang tak berkenaan bace..heh

1) Earthquake di padang menakutkan sungguh. Dekat dah dengan Malaysia tue. Takleh nk imagine kalau kite in their shoes. Dah la I, hubby n fea kat 3 tempat berlainan(xde kaitan but just felt like writing this down)..huhue

2) Tiap-tiap pagi hantar fea ke nursery mesti rase berat hati. Sedih sangat. Bile fea nangis jer lagi sedih umminye. Fea skang dah pandai dakap ummi atau ayahnye(depends sape yang hantar die ke nursery) kuat-kuat sebab tanak pi nursery. Hari isnin hari paling susah skali sebab weekends die dah selesa dok ngn ummi dan ayahnye kat rumah.

3) Benar susuibu adalah yang terbaik utk bayi sampai umur mereka 2 tahun la max tapi ada jugak ibu-ibu diluar sana tak mampu nak susukan anak mereka dengan susu ibu. Dah guna macam-macam cara tapi still tak berjaya juga. Kesian juga kat mereka ni. Thus, kita jangan la cepat sgt nak mengutuk or nak pandang rendah and judge these mothers yang bagi susu formula kat baby. Mereka pon sayang baby diorg juga. Aku mengaku dulu aku juga bangga sgt dapat susukan anak dengan susuibu dan pandang serong jugak terhadap mothers yang bagi susu formula ni tapi sekarang tidak lagi since hubby tegur "awak dengan kawan-kawan awak ni(kawan forum) jangan la pandang rendah sgt. Bebile jer Allah boleh tarik balik nikmat tu baru tau, plus jangan la riak sangat, Allah tak suka. Biarla kita bersederhana" owh ok, these aren't exacly his words.

4) Semalam dan hari sabtu kami sekeluarga busy beraya here and there. Ntah kat mane2 ceruk tah kami pi. Susah betul nak cari rumah2 org2 ni. Dah la saya dan hubby ni buta jalan lagi susah la keadaanya. Semalam pi rumah kawan hubby kat segambut and lalu kat jalan mont kiara 3, masuk jer simpang tue "wah2 mewahnye kawasan ni, org dok kat sini sure kaya gile punye" then 500m kehadapan terus masuk slum area macam rumah setinggan la ape...terkejut kejap.."haih, pelik betul, macam mane bole kat luar td rumah mewah..hay ya...darjat berlainan yang ketara ni dok sebelah2 je". Hubby and me baru realize ntah kat mane2 ceruk pon ada orang duduk.heh.punye la dok kat dunia sendiri jer selama ni...ish2

5) Raya taun ni seronok la compared to last year sebab taun ni beraya dengan puteri sulung kami and saya pon ade energy nak pi berjalan merata. Last year kan saya mengandung so dok umah je la. Plus, last year sume barang and minyak mahal so tak ramai yang buat open house.heh

Followers