Friday, March 13, 2009

Rasa bersalah~

Sedangku menikmati juadah tengah hari tempoh hari tiba-tiba sahaja datang perasaan sebak di hati ini. Bukannya apa. Sebelum turun untuk makan saya ada terbaca satu blog tentang sepasang suami Isteri yang duduk di hospital dan tidak putus asa berdoa supaya anak keduanya pulih dari komplikasi jantung yang menjadi teruk semakin hari. Aku berasa syukur tak terhingga kerana dikurniakan bayi yang sihat. Alhamdulillah. Begitu tabah sepasang suami isteri itu. Aku tidak dapat bayangkan diriku sendiri bagaimana bila berhadapan dengan situasi begitu.

Di blog yang sama juga ku belek-belek entry yang telah lama ditulis. Ada tentang ayahnya meminta maaf kepada anak sulungnya kerana tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk anaknya dan terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki. Semasa membaca entry ini air mataku mengalir kerana terbayangkan anakku dirumah. Aku tiba-tiba sahaja rasa bersalah sangat dengan anakku kerana aku juga begitu. Awal pagi sudah keluar untuk ke pejabat dan balik lewat petang. Malah hari Sabtu juga saya perlu kerja sekerat hari. Hanya hari ahad sahaja saya ada masa seharian dengan anak tercinta.

Namun begitu saya tetap bersyukur kerana saya masih ada sedekit masa untuk suami dan anak saya. Ada yang kurang bernasib baik dari saya. walaupun hari sabtu saya bekerja sekerat hari saya anggap itu sebagai giliran suami saya pula bermanja-manja dengan anak saya kerana dia sering merungut anak selalu berkepit dengan saya sahaja apabila masa menyusu.

Sekian sudah catitan saya yang sekema ini. Maaf jika ianya seperti berterabur dan perkataan yansg saya gunakan tidak sesuai.

Smile Alwayz~

5 comments:

wun said...

haha ape da...start guna "aku" jer lepas tu jadi skema guna "saya" plak...pelik2 jer kamu ni lah...

ye bekerja keras demi anak melahirkan perasaan terhebat di dunia...mengetahui bahawa kita boleh beri kasih sayang sepenuhnya sambil itu memastikan anak dan isteri diberi makan dan kediaman adalah cool...haha.bagi si isteri pula, kesanggupan membuat segalanya demi anak mmg best, walaupun tidak dapat bersama all the time tetapi pasti tidak akan menyesal di hari kemudian...

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

ahahah..ini adelah style terbaru dalam penulisan..memula tue tgk emo sket.yang kemudian tu bile dah cool down sket kan bahasakan diri saya pula..hahaha

Anonymous said...

awk open blog ayah arwah amir yusuf tu ke?
a lot of peep dh tau psl tu..
baca jek blog tu...mmg mgalir2 air mata..

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

a'ah..bce blog tue la..sedey sgt..huu..die xpenh kuar spital pon kan..fikirkan blk pon nak nangis rase..

Anonymous said...

amir yusuf tu dh meninggal dunia baru2 ni..
lagila...sedih gile bc notes ayah dia...

Followers