Friday, April 3, 2009

6 amalan harian seorang Muslimah~

Setiap hari Khamis dalam perjanan pulang ke rumah kami suamiku akan kongsi bersama ilmu yang telah beliau pelajari semasa mendengar tazkirah tengah hari di pejabatnya. Semalam adalah tentang enam perkara wanita perlu lakukan dari hadith yang di huraikan oleh Imam Al-Ghazali.

Pertama - Masuk sahaja waktu terus pergi menunaikan solat.
Kedua - baca Al-Quran setiap hari.
Ketiga - membaca satu hadith setiap hari kepada anaknya.
Keempat - mengamalkan membaca doa harian.
Kelima - hidup secara sederhana.
Keenam - memberi motivasi kepada suami, anak-anak dan juga orang disekeliling.

Saya akan sedaya upaya mempraktikkan dalam kehidupan seharian saya.

Off topik sket, setiap insan di dunia ini milik Allah S.W.T. Kita tidak ada hak mengaku bahawa suami atau isteri mahupun anak kita adalah milik kita. Sebagai isteri yang solehah kita tidak ada hak untuk menghalang suami dari menikahi wanita lain jika suami cukup syarat untuk menikahi perempuan itu. Ini adalah hak yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada lelaki. Siapalah kita menidakkan hak itu. Anak juga bukan milik kita. Kita hanya diberi amanah dari Allah S.W.T untuk menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik sahaja.

Fikirkan lah ye~

4 comments:

wun said...

wah isteri yg bagus..hihi.

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

Insya'Allah

Anonymous said...

shasha : baeknye...huhu..sanggup ke law suami menikahi lain bila dy mampu..mmg kita xde hak..tp sanggup ke..?:(

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

Insya' Allah sanggup..saya menerima sahaja. Lgipon bile dah ada anak ni slalu busy dgn anak jer so it will not get to me that much..heh

Followers