Monday, April 6, 2009

Adakah anda prejudis?


Perbualan;

1) Si A: Selalu makan sorg ke?
Si B: A'ah, kat company tu saya sorg jer melayu, yang lain chinese diorg pi mkn kat tempat
non-halal.
Si A: wah, tanak tukar keje ke?(muka terkejut)
Si B: (dalam hati... e'eh nape nk tukar keje pulak) hmm, tengah cari keje barulah sbb dok jauh.

2) Si C: Nak mengajar kat college T*** risau skit la sbb ramai bangsa asing. Tau la diorg ni
macam mane..heh
Si D: ha tue la...lagi2 bangsa C*** diorg ni dah la kedekut, macam2 hal la. Bangsa I**** pon
same..tah paper..tak betul
Si C: Tapi tak sume macam tue..ade je yang baik
Si D: mmg ade la tapi kebayakannye macam tue

3) Si E: wah ko nak mengajar kat College T*** biar betul. ko tau tak kat sane ramai C***. Diorg
ni susah sikit nak mengajar. Nakal. Paham2 je la kan. Lagi2 swasta ni.
Si F: Owh yeh. tapi tak sume macam tue kan..hmm

Kenapa kite selalu labelkan bangsa ini itu dan bangsa itu ini. Tidak kah kita sedar bahawa semua insan di dunia ini datang dari Allah S.W.T. Semuanya sama tak kira bangsa. Nak kate C*** kedekut, corrupt, berkira la ape. Macam la bangsa M***** tue bagus sangat. Allah telah mencipta pelbagai kaum supaya kita berkenalan antara satu sama lain bukannya untuk kita cari keburukkan mereka.

Ye, aku mengaku bahawa dulu aku pernah tergolong dalam invidu yang mengata bangsa lain itu ini tetapi setelah bekerja di company yang aku seorang sahaja melayu dan yang lain semua cina telah mengajar aku supaya tidak lagi menjadi prejudis. Hendak tahu mengapa?

1) Pada mulanya saya telah di offer pekerjaan di satu kolej dimana 98% adalah bangsa melayu kemudian saya ditolak kerana saya disahkan mengandung. Bangsa sendiri sanggup mengetepikan saya disaat saya betul2 memerlukan kerja. Saya mengandung sahaja bukannya saya ade sakit kronik ke.

2) Setelah 3 bulan mengandung, saya dapat panggilan untuk temu duga. Saya beritahu awal2 bahawa saya mengandung kerana tidak mahu membuang masa mereka. Walaupun saya sudah nyatakan keadaan saya, company ini besungguh-sungguh hendak saya datang untuk temu duga. Akhirnya saya dapat juga kerja di company yang 100% cina kecuali saya. Tengok bertapa baik dan mulianya mereka kerana menerima saya. Tidak memandang rendah terhadap saya dan terima saya kerana saya kebolehan saya dan bukan kerana saya berbadan dua.

3) Sedang saya sarat lagi megandung saya dapat lagi satu panggilan untuk temu duga. Ini perbualan saya antara interviewer itu.

Saya: Saya mengandung 8 bulan dah ni, boleh ke?
Si minah: eh kenapa pula? datang je la
Saya: ye la separuh company tanak orang mengandung ni
Si Minah: Ala company lain tue mengada2 jer. Datang la, look forward seeing you.
Saya: owh terima kasih2..hehe

Ini juga merupakan company cina. Tengok sape yang prejudis dan kedekut sekarang ni.

4) Walaupun saya seorang sahaja melayu yang bekerja di syarikat ini, mereka tetap memberi layanan yang baik. Tidak ada prejudis. Kadang2 ada juga mereka ajak makan bersama di kedai mamak supaya saya tidak keseorangan. Mereka juga pernah cuba mencarikan seorang lagi pekerja melayu untuk teman saya. Tetapi dia tidak kerja lama kerana dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

Senang kate kita tidak boleh prejudis dan labelkan setiap orang itu hanya berdasarkan kaum sahaja. Get to know them as an individual then you'll know the real them rather than just judge them at first sight according to their race.

Tak perlu la nak bangga sangat dengan bangsa M*****. Setiap orang ada kelemahan masing2 yang tidak mengikut bangsa.

Fikirkan lah ye~

9 comments:

Dearests said...

Betul. Betul!
Semua org ada baik-buruk dia.
Tapi to jump to conclusions is unethical.

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

true..slalu sgt org mengutuk kate bangsa lain itu ini..ingat bangsa sendiri tue best sgt?..haha aku emo plak..cermin la diri dulu kan

^ez^ said...

hi..salam kunjung..

betul tu.kita suka sgt nk judge org dan lupa nk tengok dan cermin diri sendiri.Kalau kata bangsa itu kedekut, tp bukan semua mcm tu. Kalau nk kata bangsa itu pemalas, tp bukan semua mcm tu. Ikut individu itu sendiri.

Sy sendiri mengajar skola yg dimana lebih 55% adalah Cina dan India. Tp bila tgk mereka boleh berbaik2 dan berkawan tak mengira bangsa dan agama saya cukup bangga! Untuk ape kita nk label bangsa itu ini..mmg tak maju la kalau mcm tu..

wun said...

a'ah betul...hari tu pergi ke College T*** pun i nampak orang M***** yang paling seksi sekali dengan macam2 tersembul (hint: it comes with a twin)...

hihi...tapi sofeah ada masa tu so I ajar dia, jangan jadi macam tu...that's why I looked...uhuk!

firjani said...

ouh puan farid.
sy juga sudah merasai bagaimana prejudis terhadap bangsa2 ini sebenarnya x membawa apa2 faedah.

benci tengok bangsa M mempertingkaikan itu dan ini, kununnye memelihara hak itu dan ini, padahal semuanya sama je.
bad and good, all together.

http://datinsendiriseri.blogspot.com/2009/01/melayu.html

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

good to know that my frens sumenye agree with me..kite xperlu la prejudis..sume org same..bgs la kite generasi baru ni sedar bahawa kite tak perlu nk menghina bangsa lain sbb warna kulit la ape kan..

hari tue ade nampak dua org nenek tua...sorg malay lagi sorg chinese berpimpin tgn ke gerai makan..terharu sgt tgk..

Anonymous said...

oh sy x leh prejudis terhadap mana2 races..
especially C...coz I'm mixed!

Mary said...

my personal experience? i lagi suka kerja dgn chinese company.
dgn kaum sendiri selalu sgt pun tak bagus

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

kirsty: owh mix eh?..father ke mother?..hubby saye nenek die pure chinese yg dtg dari china betul..hehe

Mary: yup true2..kadang tue nelayu lagi leceh la n chinese are more professional..hmm

Followers