Semalam genap sebulan umur Sofeah. Ummi dah ayah tak tahu ape kebolehan Sofeah pada umurnye. Nak dijadikan cerita, malam semalam kami menonton televisyen sampai pukul sepuluh. Sofeah tdo lena atas tilam dia yang empuk tu seperti biasa. Sebelum masuk tidur saya dan ayahnya masuk bilik dulu untuk siap-siapkan tempat tidur. Ayahnya solat sementara saya duduk depan komputer sekejap. Selepas ayahnya selesai solat, berborak la kami berdua. Tengah berborak tu dengar la sofeah merengek(biasa la dia kalau tidur memang tak pernah senyap). Saya dah ayahnya tidak pedulikan lagi dan sambung berborak.
Tiba-tiba tergerak hati saya untuk check keadaan Sofeah. Ya Allah terkejut saya apabila nampak Sofeah jatuh dari tilamnya. Bederau darah saya. Takut jugak la ape2 jadi kat dia. Kepala terhantuk ke ape. Terbaring la sofeah atas lantai, matanya terbuka luas pandang atas. Saya nampak dia macam tu terus saya jerit dan angkat dia. Saya peluk dia sambil mata berair. Perasaan saya masa tu tuhan saja yang tahu. Macam-macam saya pikir. Macam mane la die boleh jatuh. Budak umur dia dah boleh bergolek ke? nasib tak tinggi.
Masa nak tidur pon saya asyik terpikir balik kejadian itu. Budak kecik at that age kepala dia sensitif lagi. Tak boleh terhentak sangat. Saya ada baca pasal budak jatuh buai dan keadaanya agak kritikal disebabkan hentakan yang kuat pada kepalanya. Risau saya dibuatnya.
Pagi tadi pon sama juga. Saya letak dia sebentar atas tilam tu sambil saya sidai kain kat balcony. Kejap saja. saya boleh nampak dia dari cermin sliding door tu. Disebab ralit sangat buat keje tak sedar ape sofeah buat kat dalam sebab sangkakan dia tido. Bila saya toleh tengok Sofeah saya nampak kepala dia dah jatuh dari tilam badan senget atas tilam. Berlari saya masuk angkat dia. "Ya Allah, lasaknya anak dara aku ni tido" Saya pulak tak belajar dari kesilapan semalam.
Sekarang ini saya sedar bahawa saya tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang walaupun sekejap saja. Kena mengawasi dia setiap waktu. Selepas ini tak boleh biar Sofeah tido sendiri. Kene ade orang jaga. Menyesal saya tinggalkan dia sendirian.~
~Maafkan ummi ye Sofeah~
2 comments:
huh ye ke sofeah jatuh?hihi..takde bende ar..hardly jatuh pn..tilam tu just 2 inci jer tinggi..ape da..tapi mmg lasak dia ni..haha.
huhu...tilam 2 inci rupenye..
ingtkn tilam org dewasa tu..
suspen betol...
tp kalo dia golek2 tu biasa..
budak buas..hehehe
Post a Comment