Friday, November 14, 2008
Suamiku yang banyak membantu~
Terima Kasih kepada suamiku yang banyak membantu semasa berpantang. Banyak dia buat. Dari mandikan Sofeah, pakaikan baju Sofeah, tukarkan lampin Sofeah sehingga basuh baju Sofeah tiap-tiap hari walaupun penat bekerja seharian kalau dia mampu menyusukan Sofeah pun dia sanggup buat semata-mata kesiankan saya yang masih lagi dalam proses penyembuhan.
Kadang-kadang apabila tengok suami tidur, saya kesiankan dia sebab penat dengan membuat macam-macam kerja di rumah ini. Pernah juga saya menangis sebab tidak dapat nak kurangkan beban dia. Ikutkan hati nak tolong sangat dia. Tapi badan saya tidak mengizinkan, selalu saja sakit belakang. Ada masa kalau dia tidak menguruskan saya dan Sofeah, dia akan sibuk mengemas rumah pula. Tak reti duduk diam betul la suami saya ni. Sudah beberapa kali saya cakap tak payah buat tapi die tetap berdegil.
Dulu semasa saya kurang sihat dia lah yang siapkan bengkung untuk saya, ikatkan bengkung dan juga air mandian saya. Tetapi sekarang saya sudah sihat sedikit saya buat sendiri untuk ringankan beban dia. Bukannya apa, keesokan paginya dia perlu pergi kerja dan taknak la penatkan dia sangat. Karang sakit pulak dia. Itu pun dia tetap berdegil juga hendak siapkan air mandian saya tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja sampai tak sempat bersarapan tapi nasib baik dia akan bersarapan jua di ofis. Sudah la begitu banyak keje kene buat. Tengah-tengah malam pun kadang-kadang dia berjaga dikala Sofeah menangis hendak menyusu. Setiap dua jam Sofeah akan bangun(seperti sudah tahu routine dia menyusu).
Sekarang saya sudah pulih sedikit saya ambil alih kerja mandikan Sofeah tiap-tiap pagi, tukar lampin dan sudah buat sedikit demi sedikit kerja rumah. Pernah juga saya membasuh baju Sofeah tetapi suami tidak berapa suka dengan tindakan saya sebab dia kata tu kerja dia, sekarang memang dia lah yang basuh kain baju Sofeah tiap-tiap hari. Bahagian memasak belum lagi saya buat setakat ini. Part ni saya perlu berterima kasih kepada Ibu dan mak mertua saya. Ada masa suami saya yang masak jika kami bertiga saja yang ada di rumah. Ada masa juga adik ipar saya yang masak. Terima Kasih ya~
Penat juga suami tercinta saya tu. Kena jaga isteri dan juga anak tersayang. Terima Kasih Sayangku~ Sofeah pun sama mengucapkan 'Terima kasih Ayah, Sofeah sayang Ayah'~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
untungnya ada suami yg ringan tulang ni..
bkn senang tau nk cr yg cmtu...
jeles meles dibuatnya teman..
huhu~
anyway,smoga cepat sembuh yea :)
salam,
congrats to both of u! lama xjenguk blog nih tenguk2 u da bersalin. Cam scary je eh..btw, comel baby sofeah tuh.. :)
Post a Comment