Alhamdulillah hari ni Sofeah minum dalam 4oz susu. Senang hati saya. Biasanya Sofeah tak suka minum susu EBM. Kali ni dia minum dengan banyak sekali. Nak kena biasakan dia dengan minum susu dari botol ni. Tinggal lagi sebulan sahaja saya akan mula bekerja semula.
Sebelum ini saya pernah bagi juga EBM tapi Sofeah muntahkan semula. Hari ni baik pulak dia minum je. Itu pun setelah saya tukar strategi. Instead of bagi susu yang dari freezer(kebiasaanya susu yang telah saya pam saya akan masukkan dalam freezer terus, bile nk minum malam sebelumnya saya akan alihkan susu dari dalam freezer dan masuk dalam fridge so the next day takde la susu tu beku) tapi kali ni susu yang telah saya pam saya musukkan dalam fridge sahaja. takde la susu tu beku. So terbukti sekarang ni Sofeah suke minum susu yang fresh sahaja.
Selepas minum ada la dia muntah jugak, ini biasa. Kalau dia minum straight from the source pon sama jugak. Dia terlebih minum tu tandanya. Saya akan teruskan usaha supaya Sofeah boleh terima EBM dengan lebih baik lagi. Nak panaskan susu EBM ni pon saya kene belajar juga untuk dapat suhu yang sesuai untuk Sofeah minum. Tak terlalu panas mahupun tak terlalu sejuk. Apabila saya dah mahir saya perlu ajar mak mertua saya pula since dia yang akan jaga Sofeah nanti.
EBM (Expressed breast milk) = susu ibu yang di pam
Smile Alwayz =)
No comments:
Post a Comment