Wednesday, October 15, 2008

~update on mandi wiladah~

Just like to share with everyone what my friend commented on my past post..please2 take this seriously. Thank you soo much to Dur for the info.

salam..
dur ni..nk kongsi sedikit ilmu pasal mandi wiladah..harap dpt membantu =)

Memang betul kenyataan tentang 'Mandi Wiladah' itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Uztazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.
Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH…Nahuzubillah'minzaliq…Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:

'Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala'.
Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal 'remeh' (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.
Wallahua'lam.
(senior dur hantar melalui emel)
takecare :)

~take note ya especially if you are expecting a baby anytime soon~

Smile Alwayz =)

5 comments:

Anonymous said...

wah bagus btol entry kali ni..
sgt beneficial!
by the way,i do realize about mandi wiladah existence and da differ..
but dunno da details about it..
so thanx a lot..
akan dipahatkan dlm ingatan ini :)

wun said...

hee good stuff...rasa cam penah dapat e-mail yang sama..
so basically,the message here is,jgn malas mandi..pastu bila mandi basuh laa semua bende yg patut..ish2.

Anonymous said...

Assalamualaikum Warahmatullah ..

Terima Kasih di atas perkongsian yang diberikan.

Setelah menkaji tentang Mandi Wiladah ini, saya dapati kewajipan tentang Mandi ini tidak disebutkan di dalam AL-Quran, Hadith, dan Ijmak Ulamak.

Memang ada ulamak yang mengatakan tentang Mandi Wiladah ini, namun pendapat kebanyakkan ulamak ialah Mandi Wiladah ini dikhususkan kepada wanita yang tidak keluar darah Nifas ketika melahirkan atau keguguran walaupun seketul daging. Ini diwajibkan ke atasnya untuk Mandi Wiladah.

Di dalam menyampaikan ilmu Agama, kita hendaklah memastikan bahawa setiap hukum yang dikeluarkan mempunyai Dalil dan Hujjah daripada Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak.. kerana Agama berdiri di atas hujjah. Dan prinsip di dalam agama kita adalah "Segala sesuatu adalah HARUS kecuali ada dalil yang meWAJIBkan dan mengHARAMkan nya" bertitik tolak dari prinsip ini kita boleh memastikan segala ilmu Agama yang kita terima..

Saudari tidak bersalah di dalam hal ini, kerana kita semua
masih menuntut ilmu.. Namun, di dalam menuntut ilmu, tidak kira siapa gurunya, adalah lebih meyakinkan sekiranya sesuatu hukum yang diperolehi disertai dengan Dalil dari sumber kita.. dan jujur dengan ilmu yang ingin disampaikan..

Link untuk rujukan saudari:-

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html

Wassalamu Alaikum

Anonymous said...

Salam, persoalan yang timbul disini ialah jika seorang perempuan itu sedang mengalami 2 hadas besar dalam satu masa, iaitu wiladah(bersalin) kemudian dia juga mengalami nifas. Bilakah sepatutnya dia menunaikan mandi wiladah? Sekirannya dia menunaikan juga mandi wiladah sebelum darah nifasnya kering, adakah hadasnya kerana wiladah itu terangkat?

Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi, Seseorang perempuan yang melakukan mandi wiladah dalam keadaan masih mengalami nifas, hadasnya kerana wiladah itu tetap tidak terangkat memandangkan dia masih mengalami nifas.

Keadaan ini samalah macam isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya pada waktu malam dan kemudian pada subuhnya didapati keluar darah haidh maka tidak perlulah ia mandi wajib kerana mandi wajib itu tidak membersihkan dirinya yang sedang berhadas besar (dalam haidh). cukup baginya mandi membersihkan dirinya tanpa berniat mengangkat hadas.

Bagi perempuan yang telah kering darah nifasnya maka bolehlah disatukan mandi wiladah dan nifas (dikira mengalami 2 atau lebih hadas besar) dengan SATU mandi sahaja.

Rujukan : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2009/bil329.pdf

CintaZulaikha said...

ya Allah, tak tahu pon selama nih. anak da 2 tahun da. saya cuma mandi nifas ja, tak mandi wiladah..

sekiranya saya baca niat hadas besar saja, boleh ker? maknanya, wiladah, dan nifas sekali..niat hadas besar bukan utk sumer manji wajib kan..

Followers